Pantun pantun melayu.

Anda penggemar pantun,disini kumpulan pantun melayu yang mana pantun pantun melayu yang berisi kata katanya dengan kiasan.

Sejatinya pantun melayu memang seperti itu.
Baik lah singkat kata kita langsung saja mulaikan pantunnya.

Diatas kota pokok jati.
Sayang jati tidak beraunga.
Tuan se0rang mahkota hati.
Hidup mati kita bersama.

Gajah langgar kuda beraksa.
Mayang dimana dihempaskan.
Sama lebur sama binasa.
Tuan tak akan saya lepaskan.

Air serbat dalam cangkir.
Sampai dijawa dicurahkan.
Janji di ikat tak akan mungkir.
Badan dan nyawa saya serahkan.

Tinggi bukit gunung senanti.
Tempat beruk berulang siang.
Teguh teguh berpegang janji.
Bagai rusuk debngan tiang.

Tekukur digulai lemak.
Batang padi dibelah dua.
Biar dinda dimarah emak.
Asal dapat bersama kanda.

Terang bulan bercahaya.
Anak gagak makan padi.
Kalau dinda tidak percaya.
Belah dada lihatlah isi.

Burung merpati terbang seribu.
Hinggap seekor diatas dahan.
Biarlah mati diujung kuku.
Hendak berkubur ditelapak tangan.

Burung punai terbang sekawan.
Kena satu ditembak tinggi.
Kita umpama kapan dibadan.
Sama hancur tidak berganti.

Mayang ibul mayang ilam.
Ketiga dengan mayang sebatu.
Sama timbul sama tenggelam.
Bagai sauh bergantung batu.

Batang pulai didalam hutan.
Batang rambia dikerat kerat.
Kasih terlanjur padamu puan.
Dari dunia sampai akhirat.

0ke. .pantun melayu mempunyai arti yang mendalam dari kata kiasan.
Kalau teman mau pantun lebih banyak lagi,setiap hari kami akan menulis pantun pantun untuk kamu.

Jadi jangan bosan mengunjungi situs ini.
Saran serta masukannya kami harapkan untuk perbaikan kami dalam menulis,sekiranya ada kesalahan,kami m0hon maaf sebesar besarnya.

Cukup sekian by yadi.

3 komentar: